November 3, 2010
Syahid buat Arwah Anak Sahabatku....
Darl... i'm not sure what i should say... or what i should do to ease your sorrow... i hope the following article can bring a little bit of peace in your heart.... *hugs n kisses from me*
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain.
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Sebelum Zohor, sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia...
lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab, "tidakk... saya khadamnya.. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana."
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu wanita itu berkata... "akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untuk aku....
Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... "nanti... kamu belum syahid lagi". Tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu, nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
Ar-Rahmaan : 74
Kalam Allah Swt Telah Menceritakan Bahawa Bidadari Adalah Istilah Bagi Individu (Perempuan @ Wanita) Yang TIDAK DI SENTUHI OLEH MANUSIA @ JIN
Siapakah BIDADARI Yang Tidak Di sentuh Oleh Manusia @ Jin????
Logiknya....Memanglah Setiap Bayi Yang Meninggal Dunia Itu SYAHID - PUTIH - BERSIH Dan Tidak Pernah Di SENTUHI OLEH MANUSIA @ JIN
Dari Apa Yang Di Beritahu...
BIDADARI Yang Allah Swt Ceritakan Dalam Al-Quran Itu Adalah BAYI PEREMPUAN YANG SYAHID(Meninggal Dunia)....
Oleh Kerana Bayi-Bayi Perempuan Itu Tidak Dapat Mengenali Siapa Ibu Dan Bapanya...Serta Bayi-Bayi Itu Juga Amat Merindui Kasih Sayang Ibu Tercinta Maka..... Di Syurga Nanti Bila Dah Besar Menjadi Bidadari Yang Memberi Bakti Pada Ibu-Bapa Mereka.
Kalam MU Ya Rahman....
Buat sahabatku.... tiada kata atau perilaku yang boleh kuberikan untuk mengurangkan pedih, sedih, sayu dihatimu kerana kehilangan puterimu di saat ini... hanya doa yang boleh kupohon... yang pasti puterimu adalah bidadari di sisiNya.... al-fatihah dariku buat puterimu....
http://fahmiandnani.blogspot.com/2010/11/when-god-has-better-plans.html
http://aku-dia-aku.blogspot.com/2010/11/dari-dia-kita-datang-dan-kepada-dia.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
takziah buat mereka..minggu ni dah 2 berita yg sama fara dengar...
ReplyDelete